Posts

Showing posts from January, 2021

Banjir di Malaysia 2021

Image
Banjir di Malaysia 2021 Pendahuluan            Bencana alam seperti banjir seringkali berlaku di negara Malaysia. Bencana ini selalunya berkait dengan musim tengkujuh di penghujung tahun di mana taburan hujan meningkat di seluruh negara. Banjir didefinisikan sebagai keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas, bah (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Pada penghujung tahun 2020 sehingga awal tahun 2021, terdapat lebih lapan negeri terlibat dengan bencana banjir ini, iaitu negeri Selangor, Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak, Johor, Pahang dan Terengganu. Ribuan rakyat Malaysia terjejas akibat dari banjir ini. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia tetap cekal menghadapi ujian bencana alam dan ditambah pula dengan  wabak penyakit Covid-19 yang semakin berleluasa. Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan tidak lupa juga Badan Bukan Kerajaan(NGO) serta orang persendirian dalam meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.           Berdasarkan statistik di da