Banjir di Malaysia 2021
Banjir di Malaysia 2021
Pendahuluan
Berdasarkan statistik di dalam Laporan Banjir Tahunan 2016/2017 dan Laporan Banjir Tahunan 2017/2018 yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, banjir kerap berlaku pada tahun 2015/2016 jika dibanding dengan tahun 2016/2017 secara keseluruhannya. Akan tetapi pada tahun 2016/2017, kekerapan kejadian banjir di seluruh negara lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun 2017/2018. Ini menunjukkan bahawa bencana alam ini tidak dapat dijangka dan sentiasa berubah dari tahun ke tahun.
(Sumber dari Laporan Banjir Tahunan 2016/2017, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)
(Sumber dari Laporan Banjir Tahunan 2017/2018, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)
Keadaan banjir di Kota Kinabalu, Sabah 17 Januari 2021
Punca-punca banjir di Malaysia
i) Musim Monsun
Antara faktor atau punca utama banjir berlaku di Malaysia adalah kerana diakibatkan oleh Angin Monsun Timur Laut yang melanda Laut China Selatan, merentasi Semenanjung Malaysia. Musim monsun kebiasaanya bermula daripada awal bulan Januari sehingga bulan Jun.
ii) Faktor perhutanan
Selain itu, pelbagai pihak turut menekankan isu penebangan hutan secara berlebihan dan haram di kawasan Pantai Timur sebagai punca utama kedahsyatan banjir pada musim ini, dengan gambar-gambar satelit pembalakan besar-besaran di kawasan itu menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat. Walau bagaimanapun, kerajaan-kerajaan negeri menafikan dakwaan isu penebangan hutan itu sebagai punca utama banjir lalu menetapkan hujan lebat sebagai punca. Hutan memainkan peranan yang penting dalam mengawal aliran air di permukaan bumi. Malaysia dikenali dengan hutan tropika yang merupakan kawasan tadahan air. Ini bermakna bahawa apabila hujan lebat melanda, banyak kandungan air ditadah atau diperangkap di permukaan pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan lain yang bertumbuhan di hutan.
Penebangan hutan secara tidak terkawal ini menyebabkan kehilangan kawasan tadahan hujan semula jadi mengakibatkan banjir berlaku di bandar bandar kecil sekitar pahang.
iii) Hujan Lebat yang berterusan
Punca banjir yang ketiga adalah hujan lebat yang berterusan. Hujan yang lebat boleh mengakibatkan paras air di dalam sungai, longkang dan sebagainya. Apabila hujan lebat tidak berhenti malah berterusan untuk tempoh masa yang panjang, paras air juga akan naik secara berterusan sehingga sungai, longkang dan sebagainya penuh sehingga berlimpahan. Ini akan menyebabkan air memenuhi ruang daratan dan berlakulah banjir
iv) Sistem perparitan
Isu ini lebih banyak berlaku di kawasan bandar walaupun tidak dinafikan banjir kilat akibat masalah sistem perparitan juga boleh berlaku di luar bandar. Sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik termasuklah mendapan sedimen seperti pasir dan juga sampah sarap yang secara tidak lansung mencetekkan parit. Malah, dalam sesetengah kes, aliran air tidak dapat berlaku akibat saliran tersumbat.
Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya berpendapat, "secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaiki mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu ) dan pelan induk perancangan gunatanah." Berdasarkan soal selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yang menyatakan bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan banjir .
Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain size), aras pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit ke parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain).
Baru-baru ini masalah banjir yang berlaku di Shah Alam juga kerana sistem perparitan yang tidak sempurna di samping kedudukan tanah yang rendah berbanding kawasan sekitarnya antara punca kawasan Meru, Klang, terutamanya di Jalan Teratai kerap dinaiki air apabila hujan lebat.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Datuk Gapar Asan, berkata berikutan kedudukannya yang lebih rendah, ia menyebabkan air dari kawasan yang lebih tinggi telah mengalir turun ke kawasan berkenaan dan menyebabkan kampung dan beberapa kawasan perumahan di situ dilanda banjir.
v) Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.
Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.
Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Kesan-kesan banjir di Malaysia
Banjir telah mengakibatkan kehilangan nyawa. Dalam pelbagai usaha yang dilakukan penduduk tempatan dan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kumpulan yang terjejas, masih juga terdapat berita mendukacitakan iaitu yang melibatkan kehilangan nyawa. Setakat ini, jumlah mangsa kematian akibat banjir ialah seramai 11 orang di mana Pahang mencatatkan angka tertinggi iaitu seramai lima orang. Antara punca kematian mangsa banjir adalah kerana hanyut dibawa arus, terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir dan ada juga disebabkan kepenatan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan lemas selepas pengsan dan terjatuh dari perahu. Banjir juga memberi impak kepada kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. Penyakit lain seperti denggi dan leprosi juga banyak merebak ketika musim banjir.
Selain itu, banjir juga telah menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk. Semua harta benda mangsa seperti rumah, kereta dan sebagainya musnah ditenggelami air dengan sebahagian besar terpaksa dibuang oleh sebab sudah tidak boleh digunakan lagi. Di Kemaman telah dilaporkan bahawa bukan sahaja harta penduduk musnah, malah lebih 60 tan sampah dihimpunkan di kawasan terjejas. Hal ini menunjukkan bahawa memberi banyak kerugian kepada mangsa banjir.
Bukan sahaja harta benda, tetapi kemunsahkan tanam-tanaman dan penternakan berlaku. Justeru, menimbulkan banyak kerugian dalam bidang pertanian. Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati di kawasan banjir adalah getah, koko, kelapa sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini banyak merugikan para petani. Lebih – lebih lagi, ternakan terbunuh disebabkan terperangkap dalam banjir atau mati kebuluran.
Peningkatan perbelanjaan kerajaan berlaku kesan akibat banjir. Ini kerana banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Tambahan pula, kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara untuk mangsa banjir.
Kesimpulannya, banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang terlibat, bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya, dalam persiapan menghadapi banjir. Kita seharusnya lebih berhati-hati dan peka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada terus berlaku. Banjir sememangnya membawa pelbagai kesan negatif kepada mangsa. Oleh itu semua pihak perlulah turun padang dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.
Sediakan oleh:
NURHANIS SURAYA BT KAMARUDIN
P17203
ELVIE LIM CHIEN HUI P17212
FAITH CHUAH CI KIM P17214
NOLAN KRISHNAA A/L GANESH
P17215
ARCHANAA SIVADAS P17217
SHALENI A/P JAYASEGARAN P17220
MUHAMMAD HAFIZI HAZIQ BIN
KHAIRULNIZAN P17236
FARIS HAKIM BIN SHAIFOL JAMAL
P17237
MUHAMAD FIRDAUS BIN ABD RANI
P17244
Very informative.
ReplyDeleteInteresting.
ReplyDeleteNice
ReplyDelete